Posts

110 Tahun Terpisahnya Segenting Kra Dengan Tanah Melayu

Image
1. Entah mengapa hati ini seakan terusik apabila melihat peta semenanjung Melayu tahun 1895 ini. 2. Ini kerana 14 tahun selepas itu, British dan Siam menandatangani Anglo-Siamese Treaty 1909 tanpa melalui perundingan dan persetujuan dengan Raja-raja Melayu yang menyebabkan terpisahnya segenting Kra dengan Tanah Melayu yang berlanjutan hingga ke hari ini. 3. Sedangkan beberapa wilayah ketika itu yang termasuk ke dalam negara Siam masih memiliki penduduk yang majoritinya Melayu-Islam seperti di tujuh (7) negeri-negeri kecil Patani, Chana, Thepa dan Setul. 4. Kesan perpisahan tersebut menyebabkan warisan sejarah Srivijaya yang terdapat di Chaiya seakan terpinggir. Sedangkan Chand Chirayu Rajani (1987) dan Takashi Suzuki (2012) dengan tegas menyatakan 'Fo-Shih' yang dilawati oleh I-Tsing sebelum ke Mo-Lo-Yu (Malayu di Jambi) adalah Jaya (Chaiya), dan bukannya Palembang. Mencadangkan bahawa Srivijaya asalnya bermula dari segenting Kra yang kemudian turun ke bawah semenanjung d...

Battle of Slim River

Image
Jalan lama Trolak-Slim River menjadi saksi pertempuran Slim River. Tugu peringatan tentera jepun ini dibina selepas mereka berjaya menawan trolak dan slim river. Kalau ikut kajian tugu peringatan ni ada tulisan tapi telah dimusnahkan oleh tentera british selepas mereka berjaya menawan tanah melayu kembali. Arah paksi mara tentera jepun di Tanah Melayu Terletak lebih kurang 500meter dari sign board ini.

Battle of penang

Image
Pictorial, Kapal & Sejarah :Sms Emden Jerman, Zhemchug Russia & Mousquet Perancis dalam Pertempuran di Pulau Pinang - 28 Oktober 1914. Deskripsi : Kapal Sms Emden merupakan sebahagian dari Skuadron Jerman di Asia Timur yang berpengkalan di Teluk Kiautschou, Tsingtoa, China ketika Perang Dunia Pertama. Kapal ini di pimpin oleh kapten Karl Friedrich Max von Müller (1913 -1914). Di bawah kendaliannya sms Emden telah berjaya menggelamkan Kapal Perang Zhemchug dari Russia (14 Ogos 1903 - 28 Oktober 1914) dan Kapal Pemusnah Mousquet dari Perancis ( 7 Ogos 1902- 28 Oktober 1914) di perairan Selat Melaka berhampiran Pulau Pinang pada 28 Oktober 1914. Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu di Tanah Melayu tidak terlibat dalam kancah Perang Dunia Pertama secara langsung , namun lokasinya di sekitar laluan utama di Selat Melaka menjadi pencetus kepada pertempuran kapal-kapal perang di antara negara yang b...

Misteri Kereta kebal jepun hulu langat

Image
Dua turret Type 89 OTSU ini ditemui di Dusun Tua, Kuala Langat sekitar awal tahun 90an.Ianya kini di simpan dan di pamerkan di Muzium Tentera Darat, Port Dickson. Melalui sumber info yang diberi, direkodkan sejumlah 7 buah kereta kebal ini di bawa ke Tanah Melayu dari Filipina oleh 2nd Recon Regiment pada tahun 1943 dan di tempatkan di sekitar Kuala Lumpur

Type 95 ha go

Image
Kereta kebal Jepun Type 95 Ha Go di Tanah Melayu 1941-42

Type 97 chi ha

Image
Gambar menunjukkan kereta kebal Tentera Jepun Chi-Ha type 97 dari unit kereta kebal Gotanda di medan pertempuran 'Battle of Bakri' Johor pada tahun 17-20 Januari 1942. Kelapa sawit telah diperkenalkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu pada awal tahun 1870 yang mana pokok kelapa sawit ini dibawa dari Afrika Barat. Ladang kelapa sawit pertama dikomersialkan di Tanah Melayu ialah di estet Tennamaran, Batang Berjuntai, Selangor iaitu pada tahun 1917. Ianya telah dibuka oleh seorang peladang terkenal dari Perancis iaitu Henri Fauconier. Pada akhir tahun 1920-an sewaktu era Sir Sultan Ibrahim, sebuah syarikat perladangan kelapa sawit di Johor iaitu Oil Palm Plantation Ltd telah membuka ladang seluas 10,000 ekar di daerah Kluang. Ps : Lordman Kerol Japanese type 97 "Te-Ke" is moving in the direction of Singapore. 1942

Ops KOTA ECHO

Image
40 tahun yang lalu, Isnin 16hb Oktober 1978, Gun Position 'B' Troop, Charlie Battery, Rejimen Ke-3 Meriam (3 RAD) di MARKER K-, Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir, Kedah semasa Op Kota Echo telah diserang PKM semasa pesawat Nuri sedang membuat resup. Masa kejadian lebih kurang 1200 hrs. Saya cut and paste sebahagian catatan daripada ayah saya berkaitan peristiwa ini. Selamat membaca. Kedudukan MARKER K- yang strategik ini bertujuan memberikan bantuan tembakan  kepada pasukan-pasukan sahabat seperti yang telah diarahkan oleh pihak Markas 6 Briged Infantri Malaysia. Atas faktor keselamatan, maka gun position MARKER K- , Gubir ini yang lokasi kedudukkannya yang hampir dengan sempadan Malaysia/Thailand dan disebabkan oleh aktiviti-aktiviti PGK yang masih lagi bergerak aktif, terutama dari Rejimen Ke-10 PKM dan Rejimen Ke-12 PKM maka terdapat 1 platun dari 12 RAMD yang berpengkalan di Kem Batu Uban, Pulau Pinang telah diberikan tanggungjawab untuk menjadi ‘Local Defence’untuk ‘B’ T...