Posts

Image
Mengenai senjata api Melayu, ada sebuah catatan dari William Marsden yang mengunjungi Sumatera pada abad 18 (dimulai 1771) dan menuliskan mengenai persenjata apian orang Sumatera... dalam kasus ni dah tentulah bukan cuma Sumatera saja yang pakai dan pandai buat hal ni, tapi tentu mencapai jua daerah lain macam semenanjung Malaya dan pulau Jawa kerna masa tu orang orang disini dah saling berhubungan... Ok, pertama kita tulis satu persatu... Belerang Belerang jumlahnya melimpah dan berasal dari banyaknya gunung api, terutama dari gunung api yang sangat besar yang terletak sekitar satu hari perjalanan darat dari Pariaman. Arsen Kuning (Barangan) juga merupakan komoditas perdagangan/perniagaan. Mesiu Mentah Di daerah Kataun dekat sungai Urai, ada beberapa Gua (cave) yang tanahnya mengandung Mesiu Mentah (Saltpetre) atau Potasium Nitrat. M.Whalfeldt yang bekerja sebagai seorang surveyor mengunjungi gua-gua itu pada bulan Maret 1773. Pada salah satu gua boleh menjangkau sejauh 743 ka...

Kapal selam nazi di bumi malaya

Image
Gambaran jelas akhirnya dapat dilihat mengenai sebuah bangkai kapal selam yang terdampar sedalam 55m di selat melaka. (80 batu nautika dari selatan Pulau Pinang ) Kapal selam Tentera laut Italy, Reginaldo Guiliani kelas Liuzzi yang telah diambil alih oleh pihak Nazi Jerman di perlabuhan Singapura kerana kekalahan awal Itali di eropah pada perang dunia kedua. Ianya dinamakan UIT-23 dan digunakan sebagai kapal selam pengangkut bahan mentah. Pada 15 februari 1944 semasa UIT-23 belayar di permukaan menuju ke eropah dengan muatan getah dan timah, dia telah ditorpedo oleh kapal selam British, HMS Tally Ho dan karam di dasar laut menyebabkan hanya 14 dari 40 anak kapal sahaja yang terselamat. Kredit gambar kepada drmike. Tiup torpedo Valve gambaran didalam kapal selam. ianya dipenuhi oleh lumpur

Japanese plane crash in ulu yam selangor

Image
The Malayan Air Campaign. It was reported that on February 6, 1942 @ 1930 hr. an IJA Ki-48 took off from Sungei Pattani for Kuala Lumpur met bad weather that night and crashed in Ulu Yam Bahru , 6 km south of Rasa in Selangor State. All crews feared dead. (セランゴール州ラサ南方6kmのウルヤマラヤに墜落し搭乗員全員 死亡。…となりました.) Credits: The Japanese Imperial Army.

110 Tahun Terpisahnya Segenting Kra Dengan Tanah Melayu

Image
1. Entah mengapa hati ini seakan terusik apabila melihat peta semenanjung Melayu tahun 1895 ini. 2. Ini kerana 14 tahun selepas itu, British dan Siam menandatangani Anglo-Siamese Treaty 1909 tanpa melalui perundingan dan persetujuan dengan Raja-raja Melayu yang menyebabkan terpisahnya segenting Kra dengan Tanah Melayu yang berlanjutan hingga ke hari ini. 3. Sedangkan beberapa wilayah ketika itu yang termasuk ke dalam negara Siam masih memiliki penduduk yang majoritinya Melayu-Islam seperti di tujuh (7) negeri-negeri kecil Patani, Chana, Thepa dan Setul. 4. Kesan perpisahan tersebut menyebabkan warisan sejarah Srivijaya yang terdapat di Chaiya seakan terpinggir. Sedangkan Chand Chirayu Rajani (1987) dan Takashi Suzuki (2012) dengan tegas menyatakan 'Fo-Shih' yang dilawati oleh I-Tsing sebelum ke Mo-Lo-Yu (Malayu di Jambi) adalah Jaya (Chaiya), dan bukannya Palembang. Mencadangkan bahawa Srivijaya asalnya bermula dari segenting Kra yang kemudian turun ke bawah semenanjung d...

Battle of Slim River

Image
Jalan lama Trolak-Slim River menjadi saksi pertempuran Slim River. Tugu peringatan tentera jepun ini dibina selepas mereka berjaya menawan trolak dan slim river. Kalau ikut kajian tugu peringatan ni ada tulisan tapi telah dimusnahkan oleh tentera british selepas mereka berjaya menawan tanah melayu kembali. Arah paksi mara tentera jepun di Tanah Melayu Terletak lebih kurang 500meter dari sign board ini.

Battle of penang

Image
Pictorial, Kapal & Sejarah :Sms Emden Jerman, Zhemchug Russia & Mousquet Perancis dalam Pertempuran di Pulau Pinang - 28 Oktober 1914. Deskripsi : Kapal Sms Emden merupakan sebahagian dari Skuadron Jerman di Asia Timur yang berpengkalan di Teluk Kiautschou, Tsingtoa, China ketika Perang Dunia Pertama. Kapal ini di pimpin oleh kapten Karl Friedrich Max von Müller (1913 -1914). Di bawah kendaliannya sms Emden telah berjaya menggelamkan Kapal Perang Zhemchug dari Russia (14 Ogos 1903 - 28 Oktober 1914) dan Kapal Pemusnah Mousquet dari Perancis ( 7 Ogos 1902- 28 Oktober 1914) di perairan Selat Melaka berhampiran Pulau Pinang pada 28 Oktober 1914. Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu di Tanah Melayu tidak terlibat dalam kancah Perang Dunia Pertama secara langsung , namun lokasinya di sekitar laluan utama di Selat Melaka menjadi pencetus kepada pertempuran kapal-kapal perang di antara negara yang b...

Misteri Kereta kebal jepun hulu langat

Image
Dua turret Type 89 OTSU ini ditemui di Dusun Tua, Kuala Langat sekitar awal tahun 90an.Ianya kini di simpan dan di pamerkan di Muzium Tentera Darat, Port Dickson. Melalui sumber info yang diberi, direkodkan sejumlah 7 buah kereta kebal ini di bawa ke Tanah Melayu dari Filipina oleh 2nd Recon Regiment pada tahun 1943 dan di tempatkan di sekitar Kuala Lumpur