Posts

Ops Setia Chemor Perak Vat69

Image
 Dulu dulu..Hari ini dalam sejarah,setelah pulang dari Ops Setia di area Chemor Perak,dimana seorang rakan telah terkorban di tangan pengganas komunis ketika sedang menaiki bukit,nama Yok Gedu keturunan Orang Asli (seorang tracker),beberapa hari kemudian,kami sekali lagi di kerahkan ke Bentong Pahang ada maklumat dari Cawangan Khas (SB) ada pergerakan komunis di sana. Maka bergerak lah kami. Sampai di Balai Polis Bentong, malam itu ada taklimat dari pegawai SB,kami bermalam di surau dan di kawasan sekitar.. stail koboi ja.. esok petang masuk ke kawasan operasi di kawasan Karak..pada petang itu juga nampak helicopter Nuri lalu di atas.. dapat tahu, didalam heli tersebut membawa seorang anggota yang terkena booby-trap..keanggotaan kami 14 orang (2 troop).. 1 troop 6 orang..beberapa hari kemudian kami telah bercantum dgn 2 patrol yang lain kerana telah terjumpa kesan pengganas (bandit) yg baru.. anggaran 30-40 orang menuju ke kawasan Jelebu N.Sembilan.. kesan bermula dari tebing sunga...

Doa masuk hutan

 Doa Masuk Hutan 1- Dimulakan dengan surah Al-Fatihah serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW sebelum masuk hutan 2- Selepas itu diikuti dengan bacaan Ayat ini: بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim "Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." 3- Baca ayat ini ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 langkah dan dibacakan pada setiap langkah : سَلاَمٌ عَلىَ نُوْحٍ فِي العَالَمِيْنَ  salamun ‘ala nuhin fil ‘alamiin “sejahtera ke atas Nabi Nuh di seluruh alam” (untuk menghindarkan binatang buas dan berbisa, dengan izin Allah SWT) سَلَامٌ عَلَى سُلَيْمَانَ فِى الْعَالَمِيْنَ salamun 'ala sulaimana fil 'alamiin "sejahtera ke atas ...

Type 89 OTSU, Hulu Langat.

 Kisah Mistik 004# - IKBN DT. Maybe ramai yang arif pasal lokasi IKBN di Ulu Langat. Lokasi ini awalnya terdapat Rumah Rehat Kerajaan pada tahun 1920an. Di bahagian hadapannya mengadap sungai terdapat Istana Hinggap Sultan Abdul Samad yang dibina lebih awal berpagarkan batang nibung. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, kawasan ini telah diambil alih dan dijadikan Markas selain sebagai Hospital Medan Utama atau pun sebagai Pusat Pemulihan Tentera Jepun. (Ni x sama mcm Pusat Pemulihan Dalam Komuniti lak hehehe). Selepas perang, Kem ni diduduki pula oleh British Military Administration utk melatih Tentera Komanwel dan pasukan 22 SAS antara yg pernah menduduki kem ini, Pasukan Polis  Hutan turut ditempatkan di Kem ini sebelum ia dijadikan Pusat Latihan Belia Negara pada 22 Jun 1966. Pihak Rejimen Askar Jurutera juga turut merealisasikan kerja2 menaik taraf pusat ini pada tahun 1969 ekoran kontraktor awam tidak berupaya utk menyiapkan mengikut masa diperlukan. Penglibatan kajian say...

Misi KL654 R Gunung berembun telapak burok

Image
 Kenangan mistik semasa Misi KL654 R pada tahun 2009, dalam perjalanan masuk ke crashed site, diganggu jelmaan wanita berbaju putih tanpa wajah, berkali kali dia muncul ditepi pokok, dalam hati "...tak penat ke dia ni menyelinap pastu muncul pastu selinap balik pastu muncul tepi pokok lain..". Setelah beberapa ketika kemunculannya den buat boo layan lembaga tersebut telah membaling dahan kayu tapi sempat saya elak, sudahnya orang di belakang saya, aruah Sager Ahmad yang terkena dahan tu dan dia tergolek jatuh menimpa saya, 2 2 tergolek dengan baldi aruah Sager turut tergolek lagi jauh.  Dalam hati pandai dia target orang belakang psl terrain tengah slope menurun masa tu.  Terus take 5 kejap sambil aruah Sager mengutip koleksi sudip aka alatan bersih pesawat (kami gelar dia kontrak cuci pesawat hehehe).  Ni antara sebahagian kisah mistiknya, banyak lagi pelan2 le menaipnya 😅 Alfatihah juga buat aruah Sage Ahmad. Kredit : Lt Kol Jimio Juraiman

Kursus Ahli Gerakhas

Image
Cerita dari PW 11 Sufian @pendekar rimba ex 21GGK COMBAT SURVIVAL THROWBACK RKK NO.1 "Di setiap Thunder Flash yang saya letupkan,ibaratkan ia adalah tembakan dari musuh.Kamu ada masa kurang dari 5 saat untuk mengambil tempat perlindungan masing2,sapa yang gagal mencari tempat perlindungan dalam masa 5 saat ia dikira mati.Faham semua sekali"?Arahan saya kepada RKK No1.RKK No.1 Kursus Ahli Gerakhas Kelas 1 siri 1/2016 adalah RKK di bawah kelolaan saya dalam latihan hutan akhir. RKK ini mempunyai 2 orang anggota berpangkat Lans  Koperal dan 3 orang berpangkat Trupper. Kursus ini ialah kursus terakhir saya sebagai Penyelia Kursus di Cawangan Latih Markas 21 Gerup Gerakhas sebelum menamatkan perkhidmatan. "Faham Cik"Jawap mereka hampir serentak. "Ok kita mulakan latihan ini sekarang.Ketua jangan lupa bagi taklimat ringkas sebelum rondaan".Saya memperingatkan mereka. RKK No.1 membuat seperti mana yang diarahkan dan mula bergerak mengunakan forma...
Image
MALAYSIA MEMILIKI PURATA TERTINGGI URANIUM DI DUNIA.?? (Sasaran Penjajah untuk Menjarah) Pendahuluan, Sebelum itu kita kenal dahulu apa itu bahan "Uranium" : Uranium adalah sejenis unsur logam yang radioaktif, berwarna kelabu keperakan dengan simbol U dan nombor atom 92. Uranium digunakan untuk menghasilkan tenaga nuklear yang berbahaya, senjata nuklear dan sebagainya. Unsur uranium ditemui oleh pakar kimia Jerman, Martin Heinrich Klaproth pada tahun 1789. Beliau berjaya memendakkan suatu mendakan kuning dengan melarutkan uraninit ke dalam asid nitrik lalu menggunakan natrium hidroksida adalah untuk meneutralkan larutan. Beliau kemudiannya memanaskannya dengan arang batu lalu mendapat oksida uranium, tetapi disangkanya sebagai logam uranium tulen. Beliau menamakan unsur itu sebagai Uranium sempena planet Uranus yang ditemui lapan tahun sebelumnya. Penghasilan logam uranium tulen pertama kali dilaksanakan oleh Eugène-Melchior Péligot pada ...

Bukit arang, Selangor Dayhike

Image
Bersambung