Bukit Narran 354 meter Slim river Perak

Melaporkan misi kemaskini trail - penjejakan trail menuju ke Bt. Naran@Bukit Naran 354 m jupem vs 360m alt waypoint vs 364.5m alt route@track gps garmin -, 15 April 2017@18 Rejab 1438H, Sondolan kali ini merupakan re-trek dan kemaskini trail …... Projek kali ini merupakan rangkaian mencari point2 tinggalan yang mempunyai nilai2 sejarah tersendiri. Projek x sengaja balik dari bukit besout aritu ternampak ada bukit lain “ct. belanga” area slim river..… Tm kasih gak kt orang dulu2 yang membuka laluan, pendaki2 tempatan dan informasi dari mereka yang pernah sampai disini .. dan tm kasih juga kepada Masjid Slim River iqtikaf rehat disini sebelum bergerak ke lokasi. Besar masjid nie dan bersambung dgn taman perumahan belakang. Dari sini view kearah bukit belakang ct belanga boleh dilihat.

Dari masjid kami bergerak ke medan selera pekan slim river.Berhadapan dengan Majlis Belia dan Sukan Daerah Muallim terletak di Wisma Majlis Daerah Tg.Malim Slim River. Ramai orang sini sbb tempat tumpuan. Jom sarapan hihih

Kami bergerak ke lokasi jln masuk kebun sawit berdekatan Kg.Naran. Offroad trail nie Cuma powil/pickup/moto boleh on. Kebun getah pada peringkat permulaan sehingga ke jambatan kecil JK. Teruskan lagi perjalanan melalui kebun sawit pula. Seterusnya sampai di Pondok Sawit. Terdapat pekerja Indonesia sedang motong sawit. Beliau inform teruskan perjalanan sehingga hujung kebun. Nanti boleh parking situ.Menurut beliau kaki bukit naran juga telah dijadikan pertanian getah dan sawit.

Kami parking dibawah bukit sawit 1. Dari situ kami naek ke atas bukit dan check bearing ke kaki bukit naran. Kami perlu turun dari kebun sawit menuju ke kebun getah1. Banyak nyamuk kebun getah nie. Kami teruskan lagi sehingga ke hujung border getah dan tembus di kebun sawit 2. Kat sini kami jumper anak tokei sawit lepak tersandar kt pokok sawit hihhii.. penat tu bawak pickup sampai atas. Kami diberitahu beliau menggunakan route kubur kg bantang mengelilingi jln terrace bukit sawit utk sampai disitu. Manakanla untuk ke bukit naran kami boleh menggunakan jln tersebut. Tapi nanti pening pulak sbb route beliau agak berlainan dan menggunakan pickup. Nampak ada rim dan tube pecah kt situ.Tak berani pulak nak ikot saranan beliau. Walaubagaimanapun beliau juga memberitahu boleh terus naek kehadapan menggunakan jln kebun getah. Tm kasih hihih..

Selesai temuramah kami teruskan perjalanan dari kebun sawit2 keatas sehingga tembus ke kebun getah 2. Dari sini kami teruskan dan turun menggunakan jln kebun tersebut. Ct Belanga dan Bukit Naran boleh dilihat dari sini


Kebun sawit nie bersih. Terdapat sepsis cendawan apa ntah mcm sumbu gasoline@lantern gas. Kami gunakan route sawit dan tembak ke point cabang awal sungai siyu. Dari point tersebut kami cross sg yang mengecil@slim hihihi slim river nih.. dan tembus ke sawit sebelah. Dari sini kami tembak ke jejari pecahan bukit naran. Yahooooo kami sampai dipintu rimba hiihhii.. Pintu rimba nie btol2 selepas kebun sawit tersebut. Alhamdulillah ..

Dari jejari pecahan ini kami cuber naek ke atas dan himpit ke kiri sehingga bertemu  point pecahan tersebut. Layer by layer kami lalu. Terdapat kesan terrace balak disini yang tidak dikemaskini pada peta. Kami teruskan lagi sehingga ke point yang bercantum. Wow bila sampai point atas trek agak lebar dan cantek. Boleh buat kemsite 5 kali ganda kem 7e. Punyerlah panjang hihih. Lapang dan bersih kawasan nie. On trek terdapat pelbagai aneka taman tema kaki 4 dan juga cable besar tak tau sapa punyer, mungkin tinggalan dari pembalakan sebelum ini sbb dah lama sgt mereput. Terdapat juga pokok species pelik mcm zig zag.

Kami teruskan lagi perjalanan sehingga ke point teratas. Dari sini trail landai dan sedikit bertam. Kami pilih bertam sebab nak elak resam hahahha..seb baek skit…kiranya resam dgn bertam seakan2 bersaing untuk kehidupan. Tak tau juga mungkin mereka sezaman semasa tumbuh semula. Trail seterunys mmg lapang dan ada sedikit batu. Kira2 50 meter dah nk sampi tak nampak point Beirut dan yang nampak hanya trail ex balak. Rasanya mcm dah takder Beirut huhuu.. kami teruskan lagi dan lagi dan 13meter mengikut bacaan gps  pon x nampak. Jadi mmg confirm x der. Tapi itu kalu ikot bacaan soviet. Jadi kami teruskan kehadapan lagi ting ting ting ting terlihat besi Beirut yang sudah patah dan taman tema kaki 4. Kami naik ke kiri dan menjumpai batu centre petak. Ok lah kot ada kaki besi dan batu. Dlm senyap2 rupenyer Beirut asal ada kt kanan. Dah tumbang rupenyer. Condition masih kuat lagi. Mungkin berat sangat dan mungkin dah lama sangat. Nak angkat x kuat kalu nak dirikan semula Beirut nih. Besi dinding dan lain2 barang sumer ada tapi berat. Kami lepak situ terbaring sambil terbarai mcm moto ex5 masuk lumpur langgar sawit yang tersadai hhihihih… seronok roy hihihi.. hilang penat dari tak jumper jln turun dapat sampai sini. Alhamdulillah.

Huh sebenarnyer cantek lagi Beirut nie. Batu penanda pon ada cumer batu penanda petak kecil dah usang skit. Setelah hilang penat dan menyiapkan assignment kami turun ke point bawah yg lebih terang  dan menunaikan tanggungjawab zohor. Best sini rehat btol2 tenang. 

RAZALI, T190, ISA, ZUBIR, NAJIB, MIE , FENDI, HERO.. yang nie ada rekod yang lain x tau sy… kih kih kih..balik kami singgah di Masjid Slim River untuk logistic dan asar.

Tm kaseh kwn2, bos2 dan cikgu2 sondol sumer, anda semua mmg terbaekkkk



Simpang masuk ke ladang narran


Dari Ladang sawit kami target ke kaki bukit narran


Puncak yang akan kami tuju.


Puncak bukit narran 354mdpl


Beirut sudah tumbang


Batu penanda puncak


Signboard sebelum simpang masuk ke ladang narran

Comments

Popular posts from this blog

Doa masuk hutan

Air terjun Lata Tujuh , Sungkai Perak