Bukit Tunggal , Felda Sg Tenggi 350 Meter
Melaporkan misi kemaskini trail - penjejakan trail menuju ke Bt. Tunggal@Bukit Tunggal 350m jupem vs 359alt waypoint vs 371.7m route@track gps garmin -, 18 Mac 2017@19 JamadilAkhir 1438H, Sondolan kali ini merupakan re-trek dan kemaskini trail.
Tm kasih gak kt orang dulu2 yang membuka laluan, tokei talian elektrik n tokei2 pemancar, pendaki2 tempatan dan informasi dari mereka yang pernah sampai disini .. dan tm kasih juga pemburu2 yang pernah sampai disini
Bt. Tunggal merupakan bukit yang terletak berdekatan Felda@Perkampungan Sungai Tenggi Selatan@Sungai Tinggi Dam. Ntah mana satu sijil lahir dia nih, dia duduk sama ada Under Hutan Rizab Bukit Belata, Hutan Rizab Bukit Tarek, Kemajuan Tanah Tinggi Selatan atau pon Sungai Tinggi. Daerah Hulu Selangor. Logistik kawasan ini lebih dekat kpd Felda Sungai Tenggi untuk segala urusan masjid, makanan, isi minyak, bank rakyat juga termasuk bekalan mendapatkan kelapa dan cendol RM1. Kebanyakan bukit2 yang berada dikawasan disini mempunyai nilai tinggi pertanian dan kebanyakannya telah ditukar status kepada pertanian sawit diperingkat bawah dan dicampur-campur getah diperingkat pertengahan ke atas dan diselia oleh felda.
Dengan menggunakan jentera LC135 pecutan diteruskan sehingga parking berdekatan TM di puncak bukit. Ntah mana satu nie Telekom@Celcom. Macam biasa bagi salam kt pakcik yang jaga pemancar. Sembang2 punyer lah lama dia ingatkan sei nie pegawai. Napa x dgr bunyi moto dia kata. Lalu sei pon citer kt pakcik nie tujuan nak survey bukit belakang nie. Pakcik tu pon bukak citer bukit tunggal nama nyer. Ada harimau kumbang 2 ekor main kt luar sini. Huhu boleh pulak dia citer harimau. Setelah borak agak lama matahari pon dah panas minta tumpeng parking moto. Jangan harimau tu kencing kan moto sudah.
Pada permulaan penelitian cubaan melalui celahan pagar2 ok mula2 berjaya. Pastu rasa mcm nak balik jer sebab belukar resam tebas. Pastu cubaan malas menebas dgn cara himpit bawah mencari point2 terang Berjaya mengelak semak2 tersebut. Ok dari sini kedengaran bunyi genset pemancar tersebut. Perjalanan diteruskan dengan turun kebawah sedikit pada mulanya. Setelah diamati sambil rehat didapati bongkah penyambung ada dihadapan. Apa lagi teruskan perjalanan. Sambil jalan2 nampak ada beberapa cantasan sahabat2 sebelum ini, Mungkin ada yang yang dah masuk dalam nie tak sharing pon infor. Terdapat juga cantasan dari pihak2 pemburu. Terdapat juga kesan cakaran abam kumbang asah2 kuku katanyer. Layan.
Perjalanan diteruskan dengan mengiringi bongkah penyambung. Terdapat beberapa kawasan resam yang mmg malas nk tebas men langgor jer. Teruskan lagi yang nie x boleh langgor sbb mana ada jln lain.. divert2 elak3 pokok tumbang sambil looping semula. Wow cantek nyer trail dihadapan nie. Macam tapak perkemahan dgn pokok2 yang sayup2 kecil pelbagai warna merah dan kuning. Teruskan lagi perjalanan sambil melewati batu2 hijau yang cantek walaupon kecil. Terdapat permatang kecil disini. Best rehat sini ada angin tiup huhuhu best best sambil pewai lepak dulu. …
Dari point2 batu tersebut perjalanan diteruskan sehingga ke last bukit. Dari sini perlu set bearing semula kearah kanan. Sbbnya bukit nie mmg boleh keliru. Kalu terus mao turun nnt ,sedangkan puncak sebenar berada dikanan bearing. Ambil kanan dan turun sedikit kemudian menaik mengikut kontur. Teruskan lagi dan lagi dan naek n turun dan naek terus. Dari sini akan rasa macam tmpt magic Gandalf the gray dan org2 kenit lord of the ring. Teruskan lagi dan abaikan sumer sehingga rasa mcm tak sampai2 lagi. Tiba2 ingatkan dah sampi tapi belum lagi. Teruskan lagi wowwwww dari jauh kira2 20meter sudah nampak itu Beirut Besar berdiri kt depan. Huh tak sangka ada Beirut sini. Ingatkan Cuma besi pipe itu pon kalu jumper.
Batu petak juga ada bersaiz skala besar. Pada centre batu tersebut terdapat pipe bersimen. Batu tersebut terangkat sungguh pelik. Mungkin bawak boboboy gempa menyebabkan batu terangkat ini kali kah kah kah gurau gurau… Tapi jika kita pandang dari sudut geology sebenarnya tanah yang terhakis dan lama2 hilang dan jatuh kebawah menyebabkan keadaan sedemikian ruper. Mcm UFO pon ada tgk.
Beirut pula masih kukuh besar dan sempurna. Mungkin sebab Beirut ini besar dan piling yang dibuat juga dalam menyebabkan Beirut masih kukuh. Yang pikol nie makan maajun lebih nih..
KPT 29 Hanif, Suradi, Kadir, Kahar 6/7/79 . Toyib, Atan 29/10/2000.Tama, Yok Li, izal, Amy K.Lipis tiada tarikh. Shah, Ijan tiada tarikh. Baha BHF3141 tiada tarikh. Gonzalez, Zack juga tiada tarikh. Apa yang menarik disini adalah KPT 29. Pada penemuan sebelum ini di Bukit Belata juga terdapat wording KPT pada kayu belian. Wow lagi patutla sy tak faham makna KPT. Rupenyer tahun 79 pon ada hohohoho mmg x faham…
Dari Beirut jika kehadapan terdapat lagi point laluan yang digunakan oleh pemburu. Saya target mungkin diorang masuk sehingga melepasi empangan sungai tenggi. Sungguh berilmu diorang nih terbaekkk.. Kesan cakaran disini adalah kumbang dan beruang. Dari pengamatan di are Hulu Selangor, Ulu Bernam dan Tg. Malim terdapat banyak jejak laluan pemburu, orang2 zaman dahulu dan pendaki2 sebelum ini. Cuma cerita dari mereka tidak kita dengar sehingga kini. Diharap dengan penemuan2 beirut dan beberapa puncak disini dapatlah kita berjumper kembali dengan mereka atau keturunan mereka. Mungkin ada sesuatu yang hendak disampaikan dari mereka.
Comments
Post a Comment