Dayhike lokasi nahas pesawat Dakota, Beruas Perak
C-47B-1-DL DAKOTA serial
number 43-16261 U.S Airforce.
Pesawat
Dakota C-47B (43-16261) milik Amerika Syarikat telah terhempas di Gunung Bubu,
Beruas semasa melakukan penerbangan dari Singapura menuju ke lapangan Terbang
Butterworth pada 27 November 1945. Dikatakan pesawat tersebut gagal dikesan dan
terputus hubungan ketika berada di ruang udara Melaka lagi. Seramai tiga orang
telah terkorban dalam nahas itu.
- Juruterbang Judson B.Basket
- Penolong juruterbang William H.Myers
- Juruaudio PFC Donald E.Jones
Kami mula tracking pada jam 9 pagi. Kereta
boleh park di masjid lama beruas
Kami sampai di puncak tipu yang yang pertama
Perbincangan
selepas kami tersasar jauh.
terdapat helipad
yang dibina oleh pihak tentera dikawasan nahas.
Banyak damar
disepanjang track menuju ke lokasi nahas
Pihak ATM dan
Kerajaan Amerika Syarikat telah berkerjasama di dalam ops gangga bagi mengesan dan
mengeluarkan rangka mereka yang terkorban di dalam nahas ini.
Garmin 64s ni
banyak membantu.
Campsite pihak tentera semasa Ops Gangga dilakukan dikawasan nahas
Comments
Post a Comment