110 Tahun Terpisahnya Segenting Kra Dengan Tanah Melayu
1. Entah mengapa hati ini seakan terusik apabila melihat peta semenanjung Melayu tahun 1895 ini. 2. Ini kerana 14 tahun selepas itu, British dan Siam menandatangani Anglo-Siamese Treaty 1909 tanpa melalui perundingan dan persetujuan dengan Raja-raja Melayu yang menyebabkan terpisahnya segenting Kra dengan Tanah Melayu yang berlanjutan hingga ke hari ini. 3. Sedangkan beberapa wilayah ketika itu yang termasuk ke dalam negara Siam masih memiliki penduduk yang majoritinya Melayu-Islam seperti di tujuh (7) negeri-negeri kecil Patani, Chana, Thepa dan Setul. 4. Kesan perpisahan tersebut menyebabkan warisan sejarah Srivijaya yang terdapat di Chaiya seakan terpinggir. Sedangkan Chand Chirayu Rajani (1987) dan Takashi Suzuki (2012) dengan tegas menyatakan 'Fo-Shih' yang dilawati oleh I-Tsing sebelum ke Mo-Lo-Yu (Malayu di Jambi) adalah Jaya (Chaiya), dan bukannya Palembang. Mencadangkan bahawa Srivijaya asalnya bermula dari segenting Kra yang kemudian turun ke bawah semenanjung d