Perbezaan mentafsir
Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan, "Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan. 1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang. 2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari." Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia. Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju. Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya, Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?" Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah." Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?" Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang