40 tahun yang lalu, Isnin 16hb Oktober 1978, Gun Position 'B' Troop, Charlie Battery, Rejimen Ke-3 Meriam (3 RAD) di MARKER K-, Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir, Kedah semasa Op Kota Echo telah diserang PKM semasa pesawat Nuri sedang membuat resup. Masa kejadian lebih kurang 1200 hrs. Saya cut and paste sebahagian catatan daripada ayah saya berkaitan peristiwa ini. Selamat membaca. Kedudukan MARKER K- yang strategik ini bertujuan memberikan bantuan tembakan kepada pasukan-pasukan sahabat seperti yang telah diarahkan oleh pihak Markas 6 Briged Infantri Malaysia. Atas faktor keselamatan, maka gun position MARKER K- , Gubir ini yang lokasi kedudukkannya yang hampir dengan sempadan Malaysia/Thailand dan disebabkan oleh aktiviti-aktiviti PGK yang masih lagi bergerak aktif, terutama dari Rejimen Ke-10 PKM dan Rejimen Ke-12 PKM maka terdapat 1 platun dari 12 RAMD yang berpengkalan di Kem Batu Uban, Pulau Pinang telah diberikan tanggungjawab untuk menjadi ‘Local Defence’untuk ‘B’ T