Dayhike Bukit Besout 418 Meter

Melaporkan misi kemaskini trail - penjejakan trail menuju ke Bt. Besout@Bukit Besout 418 m jupem vs 416alt waypoint vs 427m satellite vs 418.3m route@track gps garmin -, 25 Mac 2017@26 JamadilAkhir 1438H+ 27 JamadilAkhir 1438H, Sondolan kali ini merupakan re-trek dan kemaskini trail. Projek kali ini merupakan rangkaian mencari point2 tinggalan yang mempunyai nilai2 sejarah tersendiri. 

Bt. Besout merupakan point yang disebut penduduk tempatan Gunung Besout yang terletak dicentre point antara MRSM Felda Trolak dan juga penempatan Felda Besout. Sijil lahir terletak di Hutan Rizab Gunung Besout. Masa pg kenduri kawin anak saudara dulu lepak kt homestay felda besout. Tak tepikir plak bukit dia kt mana, sbb org sana sebut gunung, dah lalu tp x kenal sy, mgkin sbb dah lama x join mtb belah sana jd x boleh cam sangat. Seterusnya boleh juga dikatakan menghala ke Sungkai. Kami memilih logistik dari Masjid Behrang 2020 agak jauh juga kih kih kih. Pemilihan akses jalan masuk dari geografi ada lebih dekat pada Kemajuan Tanah Trolak Selatan(Felda) . Melalui jalan besout 5 terdapat pintu masuk sawit disitu. Kami menggunakan jalan ex jln balak pusing jig saw the puzzle yang telah diconvert menjadi jln sawit dan kami cuber meluruskan sehingga ke point terdekat.
Setelah sampai di penghujung kami cuber ke hadapan membuka pintu rimba. Dari sini kami dapati pihak peneroka telah membuka jln jauh ke hadapan dari plan jejari asal. Bt. Besout dikiri dan jejari plan asal dikanan. Manakala peneroka telah membuka jln diantara bt besout dan jejari. Jadi kami cuber turun dan menggunakan jalan peneroka sehingga ke end point dan akan potong menggunakan jejari peneroka ke kanan dan akan sambung pada jejari plan asal.
Dari pintu rimba turun dengan berpandukan pokok sawit zig zag. Sampai dibawah terdapat lencongan kolam parit dan terus ke atas. Sampai di point atas kami turun semula ke point sungai pecah. Trek sawit tersebut pecah kerana ianya merupakan laluan asal sungai. Kami terus kan lagi naek keatas sampai di satu simpang bt besout betul2 dihadapan kami. Dari sini baru kami tau kenapa penduduk tempatan memanggil ianya gunung besout. Memang btol2 besar macam view gunung angsi jika kita lihat dari petronas sblom bukit putus. So dah dapat jawapan skit napa dipanggil gunung. Ok dari point tersebut kami kekanan atas dengan himpit menggunakan@pinjam jejari bukit kecil yg ada. Jejari bukit kecil ini kami gunakan keatas dan set bearing semula tembak kekanan sehingga sampai ke point penyambung jejari asal(plan sebenar).
Perjalanan diteruskan dengan menggunakan jejari plan asal kekiri atas. Dari sini sampailah ke satu bukit kecil. Turun skit terdapat satu bongkah penyambung antara bukit kecil dan jejari sebenar bukit besout. Kami menggunakan jejari ini sehingga ke point atas. Terdapat juga marking surveyor 2 line merah masih cantik tapi tak sampai atas. Trail jejari nie begitu luas sekali dan pokok2 ada yang terbakar dan ada yang masih kecil. Kami teruskan lagi sampai atas last sekali dalam 20meter nampak Beirut berdiri cewah. Tapi kena lalu ada resam skit. Langgar jer boleh. Huh cantek Beirut nie. Batu penanda pon ada cumer batu penanda petak kecil dah usang skit. Dihadapan Beirut ada port lepak dan menunaikan tanggungjawab asar. Best sini rehat angin pon ada. Sejok jer almaklum hujan sepanjang hari kih kih kih.
Yen F.L 19.1.46, Hamzah TNG 23.7.59, Wan xxxx Forest Ranger Sungkai 28.10.59, Pajuma 18.2.67, Mansor 23.6.86, Marimutu 27-12-1992, Isa Radzi 28.9.98, Forest Slim River 29.9.98, Din & Atan 30.10.16, Hasif Fezul Bozal 15/01/2017, tulisan Chinese x fhm sy gong xi fa chai sy tau, Boin.10, dan banyak lg x pandai baca saya… kih kih kih
Alhamdulillah sampai gak kt point teratas berketinggian 418m jupem nih, segala puji bagi Allah -.
InsyaAllah misi seterusnya bersambung nanti cuma kewujudan Beirut itu tidak pasti sbb ianya merupakan kurniaan rezeki dari Allah..- kalau ada kira bonus, kalau x der kira pelajaran sbb Allah jadikan sesuatu perkara itu tidak ada yang sia-sia..….
Tm kaseh kwn2, bos2 dan cikgu2 sondol sumer, anda semua mmg terbaekkkk





















Comments

Popular posts from this blog

Doa masuk hutan

Air terjun Lata Tujuh , Sungkai Perak