Gunung Lebah

Gunung Lebah via Mat Kilau Trail (Perak)

Distance 38.16km
Elevation gain 2795m


Berikut saya kongsikan checkpoint yang terdapat sepanjang trail gunung lebah ini:

Pos bersih (perak) - campsite ( ada water point ) - signboard matkilau trail - batu sempadan buluh - pokok besar - puncak tipu 1 -  puncak tipu 2 -  puncak tipu 3 - LWP (last water point) - puncak tipu 4 - puncak lebah.

Trek pada mula ikut laluan powil sehingga ke sign board mat kilau trail seterusnya ikut batu sempadan/ buluh. Follow batu sempadan sampai ke permatang. Trek batu sempadan putus2 dan sukar untuk dikesan

Dipermatang puncak tipu ke puncak mmg dah ada trek pemburu haram/ trek lama.

Trek panjang dan tidak sesuai kepada beginner untuk melakukan dayhike. Bagi mereka nak masuk  mesti ada persiapan mental dan fizikal masuk. Garmin gps / topo wajib ada. Parang dan mercun sudah tentu.





Puncak Gunung Lebah 1522m jupem


Venu gembira first time berjaya menjejak puncak Gunung Lebah


Signboard Mat kilau trail ( berada di sempadan antara Perak dan Pahang)


trail berbuluh di  selepas signboard




Merangkak dibawah buluh antara cabaran utama



Gunung lebah trail

Pokok besar yang berada di trail Gunung Lebah




Marking batu sempadan bermula dari sign board mat kilau trail hingga ke puncak Gunung lebah


Log yang saya record dari Garmin 64s. 




Alhamdulillah, segala puji bagi Allah sampai jugak dekat point teratas berketinggian 1522m jupem ni. 


InsyaAllah misi seterusnya akan juga bersambung pada point-point lain, cuma kewujudan Beirut itu tidak pasti sebab ianya merupakan kurniaan rezeki dari Allah. kalau ada kira bonus, kalau tak ada kira pelajaran sebab Allah jadikan sesuatu perkara itu tidak ada yang sia-sia. Terima kasih kwn2, bos2 dan cikgu2 sondol semua, anda semua memang terbaik. Alhamdulillah segala isi bumi, juga langit, dan apa yang ada diantaranya sentiasa berzikir dan kesemuanya milik Allah. Semoga generasi seterusnya akan menyambung legasi sedia ada ini untuk generasi seterusnya. 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa masuk hutan

Air terjun Lata Serpik, Behrang Perak

Air terjun Lata Tujuh , Sungkai Perak