MALAYSIA MEMILIKI PURATA
TERTINGGI URANIUM DI DUNIA.??

(Sasaran Penjajah untuk Menjarah)

Pendahuluan,

Sebelum itu kita kenal dahulu
apa itu bahan "Uranium" :

Uranium adalah sejenis unsur
logam yang radioaktif, berwarna
kelabu keperakan dengan simbol
U dan nombor atom 92. Uranium
digunakan untuk menghasilkan
tenaga nuklear yang berbahaya,
senjata nuklear dan sebagainya.

Unsur uranium ditemui oleh pakar
kimia Jerman, Martin Heinrich
Klaproth pada tahun 1789. Beliau
berjaya memendakkan suatu
mendakan kuning dengan
melarutkan uraninit ke dalam
asid nitrik lalu menggunakan
natrium hidroksida adalah untuk
meneutralkan larutan. Beliau
kemudiannya memanaskannya
dengan arang batu lalu mendapat
oksida uranium, tetapi disangkanya
sebagai logam uranium tulen. Beliau
menamakan unsur itu sebagai
Uranium sempena planet Uranus
yang ditemui lapan tahun
sebelumnya.

Penghasilan logam uranium tulen
pertama kali dilaksanakan oleh
Eugène-Melchior Péligot pada tahun
1841 melalui tindak balas uranium
tetraklorida dan kalium.

Isotop :

Kesemua isotop uranium adalah
tidak stabil dan bersifat radioaktif
lemah. Isotop uranium yang dapat dijumpai secara alami ialah
uranium-238 (99.2739 ke 99.2752%),
uranium-235 (0.7198 ke 0.7202%),
dan sedikit uranium-234 (0.0050
–0.0059%). Ketiga-tiga isotop
adalah radioaktif dan mereput lalu
membebaskan zarah alfa. Uranium
-238 memiliki separuh hayat selama
4.47 bilion tahun, lebih kurang usia
Bumi manakala uranium-235
mempunyai separuh hayat iaitu
selama 704 juta tahun.

Jadi :

MENGAPA MALAYSIA MEMILIKI
PURATA URANIUM TERTINGGI
DI DUNIA.??

Ketika kita telah ketahui hari ini,
kini negara Australia merupakan
antara negara yang paling banyak
sumber pengalian Uranium di dunia
mengalahkan Amerika dan China.
Kalau kita lihat pada peta dunia
dalam senarai sumber Uranium, ia
antara nombor 1 kawasan sumber
Uranium terbesar di dunia berjumlah
sebanyak 1,243,000 Ton's, manakala
negara Kazakhstan merupakan kedua
pengeluar sumber Uranium terbesar
di dunia. Itulah antara yang terbesar
Australia dan Kazakhstan. Berbeza di
Malaysia, mengapa negara Malaysia
merupakan jumlah purata Uranium
tertinggi di dunia mengalahkan
kedua negara Australia & Kazakhstan
sedangkan potensi pengeluar bahan
Uranium terbesar dan terbanyak di
dunia ialah Australia dan Kazakhstan
sedangkan negara Malaysia tidak,
faktanya ada di bawah.

FAKTA URANIUM DI MALAYSIA :

Ini faktanya, menurut kajian yang
dilakukan oleh "Malaysia Nuclear
Agency" yang berpengkalan di Bangi,
Kajang Selangor. Hasil yang dijalan
kan oleh encik Mohd Azmi Ismail dan
Mohammad Roston Zakaria telah
mendapati terdapat 6 negeri yang
ada sumber Uranium yang belum
digali antaranya Perak, Kelantan,
Terengganu, Pahang, Selangor dan
Negeri Sembilan. Sumber Uranium
di Malaysia terdapat pada batu di
kawasan pergunungan yang telah
ada sejak ratusan juta tahun. Oleh
itu Kerajaan Malaysia mengambil
inisiatif untuk memelihara kawasan
geologi alam ini, ini kerana Malaysia
merupakan kawasan yang terpelihara
dari segala macam galian kimia untuk
dikeluarkan dari bumi untuk bahan
penyelidikan. Kalau keluar pun hanya
jumlah yang sangat sedikit dan lebih
berhati-hati ketika keluarkan jika kita
membandingkan negara luar yang
mengali keluar bahan Uranium yang
sangat banyak untuk dijadikan bahan
penyelidikan dan testing sejak dari
puluhan tahun dahulu sehinggakan
sumber ini hampir sedikit berbanding
dahulu. Ini kerana sumber Uranium
ini terhad dan tidak semua tempat di
bumi ada sumber ini dan proses dari
sumber terjadinya Bahan Uranium ini
mengambil masa yang sangat lama
sehinggakan ratusan juta tahun untuk
menghasilkannya dari perut Bumi.

Jawapan dari persoalan :

Mengapa negara Malaysia tidak
banyak mengambil bahan Uranium
ini untuk dijadikan kajian secara
menyeluruh. Salah satu sebabnya
negara kita tiada kepakaran dalam
menangani risiko untuk membasmi
radiasi malah kesan buruk yang besar
ketika dikeluarkan serta tiada tempat
untuk diasingkan ke kawasan yang
lebih selamat untuk dilupuskan. Ini
kerana tanah Malaysia terhad dan
tersangat kecil untuk menjalankan
kajian bahan Uranium yang sangat
merbahaya dan terdedah berbanding
negara luar yang sangat besar, itulah
cerita yang sebenarnya.

Antara jumlah kawasan Uranium
bagi setiap negeri di Malaysia :

Perak - 7 kelompok kawasan
Kelantan - 5 kelompok kawasan
Pahang - 4 kelompok kawasan
Selangor - 3 kelompok kawasan
N. Sembilan - 3 kelompok kawasan
Terengganu - 1 kelompok kawasan

Negeri Perak merupakan kawasan
kelompok sumber Uranium terbanyak
di Malaysia iaitu sebanyak 7 kawasan
hasil dari kajian "Malaysia Nuclear
Agency" di kawasan Transect 1.

Kawasan Transect Negeri
(Transect : Satu laluan kawasan)

01) Kawasan Transect 1 :
       Perak & Kelantan

02) Kawasan Transect 2 :
       Perak, Selangor, Pahang &
       Negeri Sembilan

03) Kawasan Transect 3 :
       Kelantan, Pahang & Terengganu

(Rujuk Gambar)

Fakta tambahan :

Malaysia merupakan Negara kecil
di dunia yang memiliki sumber
kekayaan alam serta sumber daya
mineral yang banyak, "Uranium" ini
juga merupakan antara khazanah
alam yang dikurniakan oleh Tuhan
di tanah Malaysia. Jadi tidak hairanlah
mengapa Malaysia begitu menjadi
rebutan para Penjajah suatu ketika
dahulu sehingga Kini kerana sumber
daya alam yang sangat banyak,
tidak semua memiliki sumber yang
banyak sebegitu terutamanya negara
besar seperti Amerika dan China.

4 sumber besar yang ingin
direbutkan Penjajah kini di
Malaysia, jangan ada yang
tak tahu, antaranya :

01) Telaga minyak (Laut China Selatan)
02) Bijih Timah (Sisa di Utara Perak)
03) Uranium (Semenanjung Malaysia)
04) Emas (Hampir seluruh Malaysia)

Ini yang mereka rebutkan sebenarnya, tapi sumber Uranium tak ramai yang
tahu, kerana mereka (Penjajah) sudah
lama tahu cumanya main wayang
dahulu untuk cetuskan provokasi
politik dan perang ekonomi terhadap
Dunia.










Comments

Popular posts from this blog

Doa masuk hutan

Air terjun Lata Serpik, Behrang Perak

Air terjun Lata Tujuh , Sungkai Perak