Posts

Showing posts from January, 2021

Type 89 OTSU, Hulu Langat.

 Kisah Mistik 004# - IKBN DT. Maybe ramai yang arif pasal lokasi IKBN di Ulu Langat. Lokasi ini awalnya terdapat Rumah Rehat Kerajaan pada tahun 1920an. Di bahagian hadapannya mengadap sungai terdapat Istana Hinggap Sultan Abdul Samad yang dibina lebih awal berpagarkan batang nibung. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, kawasan ini telah diambil alih dan dijadikan Markas selain sebagai Hospital Medan Utama atau pun sebagai Pusat Pemulihan Tentera Jepun. (Ni x sama mcm Pusat Pemulihan Dalam Komuniti lak hehehe). Selepas perang, Kem ni diduduki pula oleh British Military Administration utk melatih Tentera Komanwel dan pasukan 22 SAS antara yg pernah menduduki kem ini, Pasukan Polis  Hutan turut ditempatkan di Kem ini sebelum ia dijadikan Pusat Latihan Belia Negara pada 22 Jun 1966. Pihak Rejimen Askar Jurutera juga turut merealisasikan kerja2 menaik taraf pusat ini pada tahun 1969 ekoran kontraktor awam tidak berupaya utk menyiapkan mengikut masa diperlukan. Penglibatan kajian saya di IKBN

Misi KL654 R Gunung berembun telapak burok

Image
 Kenangan mistik semasa Misi KL654 R pada tahun 2009, dalam perjalanan masuk ke crashed site, diganggu jelmaan wanita berbaju putih tanpa wajah, berkali kali dia muncul ditepi pokok, dalam hati "...tak penat ke dia ni menyelinap pastu muncul pastu selinap balik pastu muncul tepi pokok lain..". Setelah beberapa ketika kemunculannya den buat boo layan lembaga tersebut telah membaling dahan kayu tapi sempat saya elak, sudahnya orang di belakang saya, aruah Sager Ahmad yang terkena dahan tu dan dia tergolek jatuh menimpa saya, 2 2 tergolek dengan baldi aruah Sager turut tergolek lagi jauh.  Dalam hati pandai dia target orang belakang psl terrain tengah slope menurun masa tu.  Terus take 5 kejap sambil aruah Sager mengutip koleksi sudip aka alatan bersih pesawat (kami gelar dia kontrak cuci pesawat hehehe).  Ni antara sebahagian kisah mistiknya, banyak lagi pelan2 le menaipnya 😅 Alfatihah juga buat aruah Sage Ahmad. Kredit : Lt Kol Jimio Juraiman