Type 89 OTSU, Hulu Langat.
Kisah Mistik 004# - IKBN DT. Maybe ramai yang arif pasal lokasi IKBN di Ulu Langat. Lokasi ini awalnya terdapat Rumah Rehat Kerajaan pada tahun 1920an. Di bahagian hadapannya mengadap sungai terdapat Istana Hinggap Sultan Abdul Samad yang dibina lebih awal berpagarkan batang nibung. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, kawasan ini telah diambil alih dan dijadikan Markas selain sebagai Hospital Medan Utama atau pun sebagai Pusat Pemulihan Tentera Jepun. (Ni x sama mcm Pusat Pemulihan Dalam Komuniti lak hehehe). Selepas perang, Kem ni diduduki pula oleh British Military Administration utk melatih Tentera Komanwel dan pasukan 22 SAS antara yg pernah menduduki kem ini, Pasukan Polis Hutan turut ditempatkan di Kem ini sebelum ia dijadikan Pusat Latihan Belia Negara pada 22 Jun 1966. Pihak Rejimen Askar Jurutera juga turut merealisasikan kerja2 menaik taraf pusat ini pada tahun 1969 ekoran kontraktor awam tidak berupaya utk menyiapkan mengikut masa diperlukan. Penglibatan kajian saya di IKBN bermula dengan penemuan turret Tank Jepun pada tahun 1990an. Tahun 2002 pihak Ngo telah memaklumkan berkenaan penemuan turret ini dan kertas penyelidikan mula di buka termasuk semakan kajian terdahulu oleh pihak Jabatan Muzium Antikuiti dan Muzium ATM. (Kali ni selit sejarah sikit, ni terus nak watak hantu masuk tak maunya...). Aktiviti pengumpulan maklumat bertemu saksi2 biasa saya lakukan waktu petang hingga ke malam, siang saya agak sibuk maklum le kekangan kerja pejabat sebagai Tim Nukleus Muzium TD agak mencabar ketika itu dalam menyiapkan blue print Muzium TD. Ada satu ketika bersama PTD menyiapkan lukisan utk briefing beliau, beliau telah bertanya awak balik mana? Asalnya Puan Sri argue Tan Sri selalu kacau saya petang 2 buat kerja artisan, nak balik jauh katanya. Saya jawab "ok je Tan Sri/Puan Sri, kebetulan hari ni saya balik lewat ke Panglima Garang, nak kena ke Ulu Langat". Terus Tan Sri tanya "Aik kamu ada pasang Cawangan ke?". "Mana ada Tan Sri, Langat tu tempat kajian aktif Tim Nukleus sekarang on searching WW2 relics, kami tengah locate tank Jepun sekarang..". Bermula dari situ terus PTD kata "ok Man, mulai sekarang saya mahu awak brief saya perkembangan penyelidikan ketenteraan setiap hari khamis ok?". Berbalik kepada kisah IKBN tadi, masa kami masuk telah ada sebuah turret dikeluarkan dan dipamerkan di atas tugu di kawasan air panas tersebut. Difahamkan turret tersebut tidak boleh dikeluarkan dari kawasan IKBN DT psl melibatkan perjanjian dgn alam sebelah juga. So fokus saya masa tu nak keluarkan body tank lah psl kepalanya dah keluar. Bila rescue recovery dilakukan dengan bantuan jentera loji dari 91 RAJD didapati struktur yg masih tertanam dalam sungai bukannya badan kereta kebal tetapi sebuah turret yg sama. Peliknya turret ni dari model Type Medium 89 OTSU dan tidak pernah digunakan dalam Malaya Campaign. Tank yang digunakan di Malaya ialah jenis Type Medium 97 CHI HA, Type Light 95 HAGO dan Type 94 Tankete. Pihak Jepun setelah di rujuk menafikan tapi bila kita majukan gambar dan no. Siri turret baru lah dapat tau ada 7 biji model Type 89 OTSU di bawa ke Malaya pada tahun 1943 utk ditransit ke Burma (Sembang kari derrr..)
Oleh kerana badan kereta kebal gagal dijumpai sebaliknya turret juga maka pengkajian lanjut membawa kami kepada lokasi badan tank di bahagian belakang kem berdasar petunjuk marker, data geofizik dan sumber lisan. Sewaktu pengalian mengeluarkan badan kereta kebal ni berlaku perkara mistik pertama dimana badan tank ni hilang begitu saja. Bunyi besi bucket excavator dengan besi tank amat nyaring sehingga kakitangan IKBN bergegas ke lokasi kerana menyangka telah menjumpai badan tank. Masa ni kami agak jammed dan keliru dengan apa yang terjadi mcm mana boleh hilang begitu saja. Pernah semasa kajian ketiga, terdapat ular hitam sebesar lengan bergerak menuju kearah kami, yang peliknya pergerakan ular x macam kebiasaan ular bergerak sebaliknya gerak mcm kayu keras straight saja mcm kartun. Dalam hati sah ni bukan ular betul ni dan difahamkan ia spesis jin yang cuba menakutkan tim kami. Pernah juga semasa kajian keempat di tapak istana hinggap Tuanku Abdul Samad muncul dan dicuihnya perut saya dgn sarung hujung keris ".. mulut kamu ni kapten lancangnya.." sambil tersenyum. Seminggu juga la baru hilang birat dan biasanya, ambik kau mulut cabul sangat. Oleh kerana banyak gangguan mistik maka kami berjumpa lah orang2 yg arif dengan IKBN tu dan membawa kepada pertemuan Raja Jin di situ termasuk kena bertempur dengan Panglima Selar dia tapi x jadi kerana ilhamNya dan dasar diplomasi Pertahanan (hehehe). Seingat saya ada satu ketika sedang minum petang, Tiba2 seorang tim kami menyanyi lagu Jepun ala2 lagu patriotic bukan lagu Kiroro Mirae lah kalau x kami join nyanyi sekali (kami tau dia x pandai cakap Jepun). Dari sini kami tau rupanya polisi Jepun melantik wakil local sebagai askar sukarela spt Giyugun atau Heiho. Kelakarnya dia mengaku Jeneral 3 bintang dan Komander Jepun di situ hanya 2 bintang tapi lebih berkuasa. Kira dia ni mcm Jeneral kehormat saja lah. Saya rakam sesi ni secara diam2 guna handphone tapi hujung2 si Jepun ni maklum " Kapten nanti padam rakam audio, benda ni x elok simpan.. Dah la rakam diam2..." Pucat kejap den mcm mana dia tau den rakam risau je takut kena penampaq Jepun. Hasil maklumat saya Cross check dan menemukan beberapa fakta menarik dan berkait dgn kajian. Kajian juga menemukan data terdapat 3 buah tank, 2 jenis medium dan 1 jenis light. Kesemuanya berisi kargo senjata dan harta karun Yamashita termasuk seorang wanita Mendailing yang dikurung dalam tank tersebut yang menambah kisah mistiknya. Masa kajian ni juga lah saya didedahkan kepada peristiwa2 alam sebelah, kalau tengok cerita fiksyen perang, skrin muncul je depan Komander sambil tangan kontrol sana sini, begitu lah bila pertama kali hijab saya terbuka, fuh mcm HD video dia heheheehe.
Ada sekali Tim melihat askar Jepun separuh badan menyandar di pokok kelapar melihat kami bekerja siap malamnya ikut balik rumah, jenuh satu rumah malam tu pasal semua nampak. Masa ni ramai pihak mula cucuk jarum, ada sekali pawang Diraja Selangor panggil saya mengadap psl kerja2 IKBN. Banyak lagi kisah mistiknya tapi x nak cerita lebih2 nanti u all kata saya mereng pulak, tetapi part tank yang hilang tu real, ada video rakaman saya kena godak dan convert lah, tape pun x tahu mana satu dah...(Pasal kes kajian ni la x pasal2 kena panggil No. 1 mara mengadap... 10 minute disaster but survive :-p)
Kredit: Lt Kol Jimio Juraiman
Comments
Post a Comment