Posts

Showing posts from January, 2022

Ops Setia Chemor Perak Vat69

Image
 Dulu dulu..Hari ini dalam sejarah,setelah pulang dari Ops Setia di area Chemor Perak,dimana seorang rakan telah terkorban di tangan pengganas komunis ketika sedang menaiki bukit,nama Yok Gedu keturunan Orang Asli (seorang tracker),beberapa hari kemudian,kami sekali lagi di kerahkan ke Bentong Pahang ada maklumat dari Cawangan Khas (SB) ada pergerakan komunis di sana. Maka bergerak lah kami. Sampai di Balai Polis Bentong, malam itu ada taklimat dari pegawai SB,kami bermalam di surau dan di kawasan sekitar.. stail koboi ja.. esok petang masuk ke kawasan operasi di kawasan Karak..pada petang itu juga nampak helicopter Nuri lalu di atas.. dapat tahu, didalam heli tersebut membawa seorang anggota yang terkena booby-trap..keanggotaan kami 14 orang (2 troop).. 1 troop 6 orang..beberapa hari kemudian kami telah bercantum dgn 2 patrol yang lain kerana telah terjumpa kesan pengganas (bandit) yg baru.. anggaran 30-40 orang menuju ke kawasan Jelebu N.Sembilan.. kesan bermula dari tebing sungai,pa