Ops Setia Chemor Perak Vat69
Dulu dulu..Hari ini dalam sejarah,setelah pulang dari Ops Setia di area Chemor Perak,dimana seorang rakan telah terkorban di tangan pengganas komunis ketika sedang menaiki bukit,nama Yok Gedu keturunan Orang Asli (seorang tracker),beberapa hari kemudian,kami sekali lagi di kerahkan ke Bentong Pahang ada maklumat dari Cawangan Khas (SB) ada pergerakan komunis di sana. Maka bergerak lah kami. Sampai di Balai Polis Bentong, malam itu ada taklimat dari pegawai SB,kami bermalam di surau dan di kawasan sekitar.. stail koboi ja.. esok petang masuk ke kawasan operasi di kawasan Karak..pada petang itu juga nampak helicopter Nuri lalu di atas.. dapat tahu, didalam heli tersebut membawa seorang anggota yang terkena booby-trap..keanggotaan kami 14 orang (2 troop).. 1 troop 6 orang..beberapa hari kemudian kami telah bercantum dgn 2 patrol yang lain kerana telah terjumpa kesan pengganas (bandit) yg baru.. anggaran 30-40 orang menuju ke kawasan Jelebu N.Sembilan.. kesan bermula dari tebing sungai,pada mula nya di tutup dengan daun besar..bila di selak ..tu diaa !!.. banyak terdapat kesan tapak kasut (lelaki dan wanita) .. di fahamkan kumpulan ini di ketuai oleh Chong Chor iaitu big boss kawasan Pahang.. kami terus jejaki kesan tadi..yang menarik nya tempat ‘resting place’ dan bermalam bandit ini,turut di jumpai termasuk sehelai tuala kecil ‘Good Morning’ yg tertinggal..kumpulan ini semakin mengecil.. ketika patrol kami berhenti rehat dan aku sebagai WT (Signaller) menghantar kedudukan lokasi ke tek di Bentong.. tiba2 anggota Tek menghantar balik semboyan cara guna ‘Morse-Code’ beritahu anggota dari patrol yg lain yg telah berjaya membunuh 6 orang bandit..aku macam tak percaya,banyak sangat ni..aku segera maklumkan kepada pegawai patrol aku Insp.Jafarul.. apa lagi mcm pesta lah seketika.. seronok sangat !! .. dan di dalam masa itu perhubuungan semboyan dengan anggota semboyan anggota yang terlibat masih ‘On’ lagi..beritahu mereka masih memburu lagi saki baki bandit yang melarikan diri..dan beritahu berjaya membunuh 2 orang lagi bandit dan jadi 8 orang kesenua nya..Ya,8 orang..misi kami menjejaki grup Chong Chor masih di teruskan yang telah menjadi kumpulan kecil..nasib menyebelahi kita,bila terjumpa seorang bandit sedang menanam booby-trap di laluan pasukan keselamatan akan lalu..Bam-bam !! (Double tap)..maka tersungkur lah bandit itu..Dalam Ops Indera ini, 9 orang bandit telah berjaya di tumpaskan dalam tahun 1980.. (Dalam gambar ini,wajah anggota2 Komando Vat69 yang menyerang ke base bandit selepas Subuh dan kelihatan mayat2 bandit (8 orang) yg terbujur tu di sebelah kiri bawah).(Terbalas juga kematian mendiang Yuk Gedu akhirnya).
Kredit : Kamarul Bahran
Comments
Post a Comment