Keberanian Askar Melayu Diraja


Demi Maruah dan Taat Setia kepada Uniform 

Pada 28 Februari 1942 (82 tahun dahulu ), seramai lapan orang pegawai Askar Melayu ditembak mati oleh tentera Jepun berhampiran Bedok Singapura bersama tahanan Perang lain. Selepas kejatuhan Singapura, Askar Melayu yang ditawan Dan ditahan di Farrer Park termasuk pegawai-pagawai Askar Melayu ini diarahkan supaya melucutkan pakaian seragam dan menyertai pasukan Jepun atau pulang ke kampung. 

Meskipun dipujuk oleh tentera Jepun selama 10 hari termasuk dipujuk oleh Mustapha Hussain , lapan orang pegawai Askar Melayu ini bukan sahaja enggan menanggalkan pakaian seragam tentera tetapi juga pangkat dan lencana yang dipakai. 

Selepas itu Kapten Aman Shah diberikan permit kebenaran untuk pulang ke Perak namun beliau menolak dan mengatakan bahawa beliau dan kesemua yang ditawan harus dilepaskan. Namun permohonan beliau ditolak Jepun. Kapten Aman Shah berkata "saya   buat keputusan untuk kekal bersama anda semua. Insyallah dengan izin Allah, kita akan dibebaskan, jika tidak, kita akan mati bersama-sama". 

Mereka diarahkan berdiri di tepi parit pertahanan dan ditembak bersama anggota sukarelawan lain. Mayat mereka di tolak ke dalam parit tersebut dan dibiarkan. Mereka ialah Leftenan Ariffin, Leftenan Ibrahim Sidek, Leftenan Wahid, Leftenan Abdullah, Kapten Raja Aman Shah (FMSVF), Leftenan Abbas (SSVF), Leftenan Abu Bakar (SSVF) dan Leftenan Osman Kering (SSVF). 

Sebulan selepas hukuman mati tersebut dijalankan, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ( Perdana Menteri Pertama Malaysia ) telah datang ke Singapura untuk menyelamatkan Kapten Aman Shah namun pihak Jepun tidak memberitahu tentang  nasib Kapten Aman Shah pada waktu itu. 

Al-Fatihah.

Gambar kredit Hisham Muhd's 
Sumber Tan Sri Datuk. Dr. Haji Abdul Mubin Sheppard





Comments

Popular posts from this blog

Doa masuk hutan

Air terjun Lata Serpik, Behrang Perak

Air terjun Lata Tujuh , Sungkai Perak